Powered By Blogger

Tuesday, November 1, 2011

kehadapan my future wife







Kehadapan my future wife(s)

I menulis surat ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca surat ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

Monday, October 10, 2011


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 
"Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagaimana api makan kayu."
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"3 sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:
  • Buruk sangka
  • Hasad dengki
  • Takut sial kerana sesuatu
Lalu ditanya: 
"Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" 

Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:
"Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." 
Yakni 
Jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selagi hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t.maafkan selama belum keluar dengan lidah/ perbuatan. 

Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. 
 
Jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung/ lain-lain yang menimbulkan was-was/ takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."
Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik/ harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: 

"Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." 

Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.
                    
Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: 

"Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." 
"Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkaudan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." 

Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.
                        
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkataNabi Muhammad s.a.w. bersabda: 
"Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."
Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: 
"Hai anak, hati-hatilah dari hasud dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata:

"Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu: 
  • Risau hati yang tak putus-putus
  • Bala yang tidak berpahala
  • Tercela yang tidak baik
  • Dimurka Allah s.w.t.

Mengapa perlu ada dengki?

Sungguh sakit hati ni bila ada manusia yg sgt tak bersyukur dengan apa yg dia ada..menampakkan dirinya lah yg paling baik di mata manusia..Sanggup kau manusia, kerana nak mengejar nama kau membuatkan org lain bergolak.. Masya Allah manusia jenis apa ni.. Apa yg tak kena pada org lain.. Sedangkan kau juga manusia yg diciptakan dari tanah..Mengapa perlu ada dengki..Alangkah baiknya kalau kau dan aku bersama kita naikkan sama2 usaha kita. tentu lebih menampakkan hasil yg cukup baik..
Masya Allah..!
walau apa pun sebagai manusia biasa kita hanya merancang DIA yang menetukan segalanya...akak berharap dengan tenaga yang ada sekarang ini...kita akan bangkit semula...InsyaAllah dengan kekuatan yg ada kita akan bermula semula...percaya lah bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA...Sebagai hampaNYa kita mampu berusha dan berdoa agar semuanya kembali seperti sediakala..kepada mereka2 yang cuba utk menjatuhkan serta berniat buruk kepada syarikat ini...teruskanlah usaha anda....semuga anda akan diberi petunjuk kejalan yg diredhaiNYA.....


bagaimana nak hilangkan rasa dengki..??
Pertama:.Kita harus menyadari bahwa kalau kita iri, segala amalan kita
akan rusak.
Kedua: Kita harus menyadari, dan bersyukur atas karunia yang telah
diberikan oleh Allah ta;ala, Allah berfirman.Jika kamu bersyukur
maka nikmatku akan kutambah, tetapi bila kamu kafir (tak bersyukur),
maka
tunggulah azabKu yang maha pedih
Ketiga:Kita harus menyadari bahwa ada beberapa perkara yang tidak bisa
diganggu gugat oleh manusia dari ketentuan yang pencipta,yaitu,
kelahiran, kematian, rezeki dan jodoh seseorang, telah ditetapkan dari
Allah Ta;ala.
Keempat: Tak perlulah kita mencari-cari aib, atau kesalahan seseorang,
hal ini akan menimbulkan dosa dan rasa iri dengki kita saja pada orang
tersebut.Allah berfirman;Janganlah kamu bertajassus( mencari-cari
kesalahan orang lain); Dan janganlah kamu bergunjing.( bergunjing
hanya dibolehkan agama dalam beberapa perkara, salah satunya bila ada
niatan baik untuk merubah orang yang kita gunjingkan tersebut.)

Tiada gading yang tak retak, tiada manusia yang tak memiliki kesalahan,
yang benar datangnya dari Allah Ta;ala, yang salah berasal dari
diri saya sendiri dan syetan.




Sunday, October 9, 2011

jangan mencari yg terlalu sempurna..


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....





Saturday, October 8, 2011

air mata ibu..

belum juga selesai
kau rawat air matamu, Ibu
aku sudah memberimu
air mata baru
kepedihan yang tak pernah
lelah mencengkeram
siang-malamku
menjadikanku kikuk
karena terus-menerus
digerayangi dosa-dosa
masa lalu
belum juga selesai
kau rapikan rindumu, Ibu
aku kembali menghantamkan
duka di garis-garis wajahmu
tapi kau masih saja tersenyum
membuat air mataku
terasa sakit dan kelu


ibuku.. seorang wira

kau tak pernah kenal erti lelah.. bangkit seawal pagi menyiapkan juadah untuk di jual..
Tak pernah sekalipun ku dengar rintihan hati kau merungut dan mengeluh.
sebak hati ni melihat penderitaanmu namun apa dayaku umi, aku bukanlah tuhan yg mampu untuk mengubah nasib keluarga ini,
namun aku berjanji kan ku usahakan supaya penderitaanmu akan berakhir
akan tiba masanya kau rehat dan ketika itu aku pula yg mengambil alih tugasmu..
akan ku berikan seperti mana yg kau beri dulu
akan ku kotakan segala permintaan mu yg ingin melihat anak2 mu berjaya
kalau kau nak tahu umi, aku sedang berjuang untuk masa depan mu.. untuk pastikan bahawa aku adalah anak yg bertanggungjawab
apa yg ku pohon biarlah ALLAH berikan aku ruang untuk pastikan aku sempat membalas jasamu, duhai ibuku..

Thursday, October 6, 2011

kerana KAU

kerana kau bernama sahabat,
kerana kau bergelar teman,
kerana itu aku terpaku,
kerana itu aku tak terdaya melawan arus yg menongkah,
kerana hanya kau yg bernama sahabat.



mungkin kau hanya ditakdirkan sementara namun itu sudah memadai sahabat untuk aku merasakan betapa gembira dan sedihnya hidup bersama kamu.Tak pernah kau merasakan aku sebagai bebanan malah kau sering dtg memberikan pertolongan tatkala aku yg sengaja melarikan diri darimu..terima kasih sahabat..!